Thursday, January 29, 2009

KEJAYAAN MENCIPTA SEBUAH WEBSITE UNTUK KEGUNAAN BERSAMA PELAJAR..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pelayar blog ini.Alhamdulillah,setelah sekian lama menunggu kemunculan web sebenar Sekolah Kebangsaan Seri Kenangan,Segamat,akhirnya saya mendapat ilham untuk mencipta sebuah laman web untuk menjadikan segala urusan menjadi lebih mudah alhamdulillah.Blog ini diatas usaha saya sendiri akhirnya mampu saya cipta dan juga beberapa web-web lain yang berkenaan.

Diharap dengan kemunculan web-web tersebut,dapatlah membantu para pelajar dan sebagainya untuk lebih berusaha dan berdaya saing dalam mata pelajaran yang diambil dan seiringan berjaya dengan keputusan PMR(Penilaian Menengah Rendah)dan juga SPM(Sijil Pelajaran Malaysia).Untuk pengetahuan anda juga,pada tahun ini iaitu tahun 2009,inilah pertama kali dalam sejarah Sekolah SMK Seri Kenangan mempunyai pelajar untuk mengambil keputusan SPM tahun ini.

Diharap kejayaan yang dapat dibanggakan dapat dicapai untuk menjaga nama baik SMK Seri Kenangan,Segamat.Di bawah ini saya lampirkan beberapa web yang dibuat sendiri oleh saya.

LAMAN WEB SMK SERI KENANGAN-SILA KLIK DISINI

BLOG KRK SMK SERI KENANGAN-SILA KLIK DISINI

BLOG SMK SERI KENANGAN-SILA KLIK DISINI

Sunday, January 25, 2009

KEMASUKAN PELAJAR BARU KE SMK SERI KENANGAN...

Pada tahun 2009,SMK Seri Kenangan membawa masuk seramai lebih kurang 80 orang pelajar.Pelajar yang terpilih merupakan antara pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam keputusan UPSR.Kebanyakan pelajar yang terpilih dikategorikan dalam sekitar 5A dan diambil daripada kawasan sekitar Segamat,Johor.

Hal ini telah menyebabkan rancangan untuk menjadikan SMK Sei Kenangan sebagai Sekolah Bestari,Sekolah Sains dan Sekolah Integrasi tergendala.Semua ini dilakukan demi pelajar-pelajar Daerah Segamat yang mendapat peluang untuk melanjutkan pelajarannya ke SMK Seri Kenangan.

Selain itu,keputusan PMR 2008 yang tela menjangkau seramai 60 orang telah membuka mata masyarakat sekeliling tentang betapa berkualitinya guru-guru di SMK Seri Kenangan.Berkat usaha mereka yang tidak kenal erti putus asa,tidak hairanlah SMK Seri Kenangan berjaya menggapai keputusan yang paling cemerlang di Daerah Segamat.

Majlis Sambutan Hari Raya Tahun 2008 Peringkat Sekolah Smk Seri Kenangan,Segamat.

Pada 28 Oktober 2008,Smk Seri Kenangan telah mengadakan sambutan hari raya peringkat sekolah yang dihadiri oleh semua pelajar dan guru Smk Seri Kenangan Segamat.Majlis dimulakan dengan majlis perhimpunan rasmi pada jam 1.15 petang.Para pelajar memakai baju melayu serba lengkap untuk memeriahkan lagi majlis pada hari tersebut.Para pelajar juga dijemput untuk membawa sedikit kuih raya untuk dijadikan santapan semua kakitangan ,guru-guru dan para pelajar.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Zolhisham untuk membuka tirai majlis.Kemudian,ucapan daripada pengetua Smk Seri Kenangan, serta wakil guru dan kakitangan sekolah. Majlis diteruskan dengan bacaan doa makan daripada wakil pelajar, mohd fahri bin zulkipli bagi memulakan majlis santapan. Para pelajar dan guru juga dihiburkan lagi dengan persembahan daripada pelajar-pelajar dan guru seperti persembahan karaoke dan drama pentas.

Photobucket

Setelah selesai persembahan daripada guru dan pelajar majlis diakhiri dengan ucapan oleh GPK Hem, Encik Mokhtar bin Mustafa. Murid diminta pulang ke bilik masing-masing. Kelas prep pada petang itu juga dibatalkan. Majlis bersurai pada jam 3.15petang.

Saturday, January 24, 2009

MAJLIS PENUTUPAN KEMERDEKAAN TAHUN 2008

Photobucket

MAJLIS PENUTUPAN RASMI KEMERDEKAAN TAHUN 2008.

Pada 15 September 2008,SMK Seri Kenangan telah mengadakan majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan pada tahun 2008.Pelbagai aktiviti telah disusun atur untuk memeriahkan lagi majlis tersebut.Majlis ini dimulakan dengan ketibaan GPK Kurikulum,GPK HEM dan guru-guru yang lain.Kemudian,majlis diserikan lagi dengan bacaan doa oleh pengawas sekolah.Dengan kata lainnya,majlis dimulakan seperti majlis-majlis perhimpunan rasmi sekolah yang biasa dilakukan pada hari Isnin kebiasaannya.

Bermulanya dengan bacaan ucapan daripada Pengarah Pelajaran Malaysia oleh En.Jamil B Sajuri,GPK Kurikulum SMK Seri Kenangan.Hal ini disebabkan ketiadaan Pengetua SMK Seri Kenangan,Tuan Hajah Zainab Bt Ismail yang masih lagi dalam keadaan yang tidak berapa sihat disebabkan oleh tragedi yang menimpanya pada beberapa hari sebelum ini.Suaminya telah meninggal dunia pada hari Jumaat,5 September 2008.Ucapan takziah diucapkan kepada beliau dan sedekahkanlah al-fatihah kepada suami beliau agar rohnya dicucuri rahmat oleh Allah taala.

Photobucket


Dan juga sajak daripada wakil pelajar


Photobucket

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA PEGAWAI PEJABAT DAERAH SEGAMAT

Majlis berbuka puasa dirancang untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara guru,pelajar dan pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Segamat.Pada hari tersebut,pelajar tingkatan 3 dan 4 turun ke dewan makan asrama puteri dan pelajar tingkatan 1 dan 2 naik ke dewan makan asrama putera.Pelajar tingkatan 3 dan 4 akan berkumpul di dalam dewan makan dengan berpakaian lengkap dan masing-masing mengambil makanan untuk berbuka puasa.

Setelah selesai penyediaan untuk berbuka puasa,Penghulu,exco asrama dan ketua dorm setiap rumah(SMK Seri Kenangan mengamalkan system rumah di asrama pada awal tahun 2008)diminta keluar dari dewan makan untuk menyambut tetamu.
Selang beberapa minit kemudian,ketibaan rombongan daripada pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Segamat yang diketuai oleh En.Anuar B Hashim.Setelah rombongan pegawai disambut,semua pelajar diminta duduk di tempat masing-masing sambil melaungkan bacaan zikrullah sambil menanti masuknya waktu berbuka puasa.

Apabila waktu berbuka puasa tiba,majlis dimulakan dengan bacaan doa berbuka puasa dan doa sebelum makan.Semua pelajar,guru,dan tetamu dijemput menjamu selera di tempat yang disediakan dengan makanan yang sudah tentu menyelerakan.

Selepas berbuka puasa,semua pelajar diarahkan ke surau seperti hari-hari biasa untuk menunaikan solat maghrib berjemaah.Selepas solat maghrib,majlis diserikan lagi dengan bacaan doa dan ucapan daripada GPK Kurukulum dan ucapan daripada En Anuar B Hashim,Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Segamat.

Selepas itu,semua pelajar dan tetamu menunaikan solat Isyak dan solat terawikh 8 rakaat secara berjemaah.Kemudian,pelajar bersalaman dan terus pergi ke PREP(persiapan untuk peperiksaan) manakala guru-guru dan Pegawai Pejabat Daerah Segamat dihidangkan dengan santapan yang luar biasa sebelum pulang ke rumah masing-masing.

KEJAYAAN SMK SERI KENANGAN....

Pada tahun ini,iaitu tahun 2008,Smk Seri Kenangan telah menyertai pertandingan Toyota Eco-Youth dalam peringkat kebangsaan.Pelbagai aktiviti telah dijalankan untuk memulakan langkah untuk menjadi juara peringkat kebangsaan.Pertandingan Eco-Youth ini sebenarnya dijalankan untuk memberi kesedaran tentang pentingnya pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dalam kalangan pelajar khasnya pelajar sekolah menengah.Hal ini bertepatan dengan keadaan alam sekitar yang semakin tenat kini.Oleh sebab itulah,Toyota Eco-Youth mewujudkan pertandingan ini dengan harapan para pelajar akan sedar betapa pentingnya alam sekitar.
Kumpulan Eco-Zenith,iaitu 8 orang pelajar dan 50 orang sukarela banyak membantu dalam menjayakan pertandingan ini.Walaupun begitu,sebenarnya,keseluruhan warga Smk Seri Kenangan terlibat dan banyak memberikan kerjasama untuk mengorak langkah ke arah kejayaan SMK Seri Kenangan untuk memperoleh tempat pertama dalam peringkat kebangsaan.
Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada guru-guru yang banyak memberi sokongan dalam usaha untuk menjuarai pertandingan Toyota Eco-Youth.Pengetua SMK Seri Kenangan,Pn.Hajah Zainab Bt Ismail,sebagai peneraju SMK Seri Kenangan telah menyerahkan tugas untuk mengendalikan program ini kepada Cikgu Ismail B Embong,guru yang banyak membimbing pelajar khasnya Eco-Zenith Team.Bersesuaian juga kerana beliau merupakan guru mata pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan.Tidak lupa juga kepada Cik Nur Darina Bt Mohd.Salleh,En.Mazlan B Ayub,Pn.Normah Bt Bahrarudin dan Cik Nur Zahirah Bt Abd Rahman yang banyak mengerah tenaga untuk mencapai kejayaan dalam peringkat kebangsaan.
Eco-Zenith Team telah memilih tajuk yang paling sesuai iaitu mengurangkan kesan rumah hijau dalam kawasan persekitaran sekolah secara global dan sistematik.Tajuk ini amat sesuai dipilih kerana sekarang ini wujudnya pembinaan sekolah baru untuk mewujudkan SK Seri Kenangan.Selain itu,terdapat juga kilang-kilang papan yang banyak menyumbang dalam peningkatan pencemaran udara di kawasan sekolah.Oleh sebab itu,Eco-Zenith Team telah menjadikan ini sebagai visi sebagai langkah pertama untuk mengurangkan kesan rumah hijau.Misi Eco-Zenith Team ialah mengurangkan 20% pengeluaran karbon dioksida dalam kawasan sekolah secar efisien. Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan untuk mengurangkan karbon dioksida dalam kawasan sekolah.Diantaranya ialah melancarkan program kitar semula,pertandingan kuiz alam sekitar,dan pertandingan membuat tong sampah dengan menggunakan bahan kitar semula. Pada 4 Ogos 2008,Sekumpulan pelajar dan guru SMK Seri Kenangan telah bertolak ke Shah Alam dan menginap di Grand Blue Wave Hotel.Dan akhirnya,Smk Seri Kenangan telah menjuarai pertandingan tersebut.SMK Seri Kenangan telah membawa pulang sebanyak Rm12,000 iaitu Rm10,000 sebagai juara keseluruhan dan RM2,000 sebagai persembahan terbaik. Kejayaan SMK Seri Kenangan ini bukan sahaja membanggakan sekolah,malah menaikkan nama sekolah ke taraf kebangsaan.